i-CUTI TANPA REKOD

i-CUTI TANPA REKOD >> CUTI MENDERMA ORGAN

Cuti Menderma Organ

TUJUAN :

Untuk memberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ.

SYARAT :

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang menderma organ hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

  1. kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service), sangkut dan guru sandaran;
  2. pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
  3. kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut yang mana lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan;
  4. bagi tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarkan discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital; dan
  5. kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja.


RUJUKAN :

    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010

TARIKH KUAT KUASA : 2 Februari 2010

carta alir cuti tanpa rekod.pdf
CARTA ALIR CUTI TANPA REKOD
pp032010.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2010 - KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENDERMA ORGAN