i-CUTI KERANA PERKHIDMATAN

i-CUTI KERANA PERKHIDMATAN >> CUTI REHAT

Cuti Rehat

TUJUAN : Diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai.

SYARAT :-

  • Diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa.

  • Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.

  • Dikira secara proportionate apabila tidak genap setahun perkhidmatan yang melayakkan / berhenti / bersara.

  • Hari mingguan / cuti umum tidak diambil kira sebagai cuti rehat.

  • Baki cuti rehat tahun pertama yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa hingga ke tahun ketiga.

  • Cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa boleh di kumpul untuk pemberian wang Gantian Cuti Rehat (GCR).

  • Baki cuti rehat luput apabila berubah taraf lantikan sementara/ kontrak/ tetap).

  • Kaedah cuti luput iaitu dengan mengambil baki cuti rehat di penghujung tahun yang melebihi kadar cuti rehat pegawai yang berkenaan.

  • Baki cuti rehat tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga tersebut.

GARIS PANDUAN CUTI REHAT

      • Semua pegawai layak memohon cuti mengikut kelayakan masing-masing.

      • Permohonan cuti rehat hendaklah dibuat lima (5) hari sebelum tarikh hendak bercuti (tanpa mengemukakan alasan).

      • Sekiranya permohonan kurang dari tempoh lima (5) hari anggota perlu mengemukakan alasan.

      • Cuti kecemasan bermaksud anggota yang bercuti dahulu sebelum mengemukakan permohonan cuti.

      • Pegawai yang bercuti kecemasan hendaklah mengemukakan permohonan cuti rehat selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bercuti.

      • Cuti yang layak diambil perlu mengikut kelayakan semasa bagi bulan yang berkaitan (pro-portionate).

      • Baki cuti tahunan yang tidak digunakan sehingga 31 Disember dianggap luput melainkan ada permohonan Golden Hand Shake/pengumpulan cuti yang dibuat oleh anggota.

      • Permohonan Golden Hand Shake untuk anggota berstatus kontrak hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh akhir kontrak tamat. Sekiranya tiada sebarang permohonan cuti dibuat, cuti tersebut dianggap luput.

      • Permohonan cuti hendaklah dibuat melalui Penyelia untuk sokongan dan diluluskan oleh Ketua Bahagian masing-masing menerusi sistem permohonan cuti PKNS secara online.

      • Permohonan cuti secara manual (borang) yang telah diluluskan oleh Ketua Bahagian masing-masing perlu dihantar ke BSM untuk dikemaskini di dalam sistem.

GANTIAN CUTI REHAT

Seseorang pegawai yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat yang layak diambilnya pada tiap-tiap tahun kerana kepentingan perkhidmatan dibenarkan untuk mengumpul baki rehat itu untuk digantikan kepada wang tunai sebagai faedah yang diberikan pada hari penghabisan ia bekerja sebelum bersara. Kaedah pengumpulan cuti rehat bagi Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah seperti yang berikut:

SYARAT MENGUMPUL BAKI CUTI

Syarat yang dikenakan untuk mengumpulkan baki cuti rehat yang tidak dihabiskan oleh sebab kepentingan perkhidmatan adalah seperti berikut:

    • Pegawai yang hendak mengumpulkan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskannya mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Bahagian masing-masing bahawa segala usaha telah dibuat untuk mengambil semua cuti rehat itu tetapi kerana kepentingan perkhidmatan cuti itu tidak dapat dihabiskan.

    • Pengesahan daripada Ketua Bahagian terhadap segala permohonan yang dibuat oleh pegawai untuk mengumpulkan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskannya kerana kepentingan perkhidmatan hendaklah dibuat pada akhir tahun. Sebelum memberikan pengesahan itu, Ketua Bahagian mestilah berpuas hati bahawa segala usaha telah dibuat untuk membolehkan pegawai itu menghabiskan segala cuti atau cara-cara lain.

    • Cuti rehat seseorang pegawai yang telah mendapat kebenaran untuk mengumpulkan cuti rehatnya akan dianggap luput jika ia dibuang kerja atas tindakan tatatertib atau jika ia meninggalkan perkhidmatan sebelum masanya untuk bersara.

    • Pada tahun akhir perkhidmatan (sebelum bersara), seseorang pegawai dibenarkan untuk mengumpul cuti rehat bagi gantian cuti rehat sehingga maksimum sama banyak dengan kelayakan cuti rehat tahunan.

carta alir cuti rehat.pdf
CARTA ALIR CUTI REHAT
KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT.pdf
KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT
pengiraan cuti rehat.pdf
PENGIRAAN CUTI REHAT
pengiraan gantian cuti rehat.pdf
PENGIRAAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

BORANG DIGUNAPAKAI

BORANG CUTI REHAT.pdf
BORANG CUTI REHAT
BORANG PINDA DAN BATALCUTI.pdf
BORANG MEMBATAL/MEMINDA CUTI REHAT
BORANG GHS - ANGGOTA TETAP.pdf
PERMOHONAN MEMBAWA BAKI CUTI REHAT
BORANG CARRY FOWARD ANGGOTA KONTRAK (TERKINI).pdf
PERMOHONAN PEGAWAI KONTRAK UNTUK MEMBAWA BAKI CUTI REHAT KE KONTRAK HADAPAN
BORANG URUSAN PERIBADI.doc
BORANG URUSAN PERIBADI
BORANG KEBENARAN MENINGGALKAN PEJABAT.pdf
BORANG KEBENARAN MENINGGALKAN PEJABAT

PEKELILING DIRUJUK

pp041993.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 1993 - GANTIAN CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN
pp072003.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2003 - PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)
pp052004.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2004 - PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) KEPADA PEGAWAI YANG MEMILIH SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
spp172008.pdf
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008 - PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
pp182008.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2008 - PENINGKATAN MAKSIMUM CUTI REHAT DAN CUTI REHAT KHAS YANG BOLEH DIKUMPUL UNTUK PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) KEPADA 150 HARI)
spp042009- kesan ke atas perkhidmatan pegawai diluluskan CSG CTG.pdf
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 - KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANGDILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI DAN CUTI TANPA GAJI
pp112015.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015- KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNANBAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
spp022017.pdf
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2017 - KEBENARAN GANTIAN CUTI REHAT MELEBIHI 150 HARI DIGUNAKAN SEBAGAI CUTI REHAT PADA TAHUN PERSARAAN
Surat Edaran JPA 26012022 - PEMBERIAN AWARD GCR 160 HARI , KEBENARAN GCR LEBIH 160 GANTI CUTI REHAT, PEMBERIAN AWAL GCR 80 HARI.pdf
MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 - 1.3.4- PEMBERIAN AWARD WANG TUNAI (GCR) 160 HARI , KEBENARAN GANTIAN CUTI REHAT MELEBIHI 160 HARI DIGUNAKAN SEBAGAI CUTI REHAT PADA TAHUN PERSARAAN , PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT 80 HARI

SOALAN LAZIM