TUJUAN :
Cuti Latihan Pasukan Sukarela diberi bagi tujuan menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela.
SYARAT :
Layak cuti tanpa rekod tidak melebihi 30 hari setahun.
Menjadi ahli Pasukan Sukarela seperti berikut :-
Askar Wataniah
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja
Pasukan Simpanan Sukarela Darat Diraja
Pasukan Simpanan Sukarela Polis
Pasukan Simpanan Pertahanan Awam
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
Menjadi ahli Persatuan/Pertubuhan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Cuti yang diperlukan lebih dari itu akan ditolak daripada Cuti Rehat yang berkelayakan
RUJUKAN : Perintah Am 41 Bab C
TARIKH KUAT KUASA : 1 Januari 1974