i-CUTI KERANA PERUBATAN
i-CUTI KERANA PERUBATAN >> CUTI SAKIT LANJUTAN
i-CUTI KERANA PERUBATAN >> CUTI SAKIT LANJUTAN
Cuti Sakit Lanjutan
Cuti Sakit Lanjutan
TUJUAN :
Seseorang pegawai jika selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang layak baginya ketika itu telah habis digunakan, namun ia masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi cuti sakit secara separuh gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan.
SYARAT :
- Jika tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, maka pegawai itu masih boleh diberi cuti sakit, iaitu secara tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi elaun bantuan bersamaan separuh gaji.
- Kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberikan dalam satu tahun kalender.
- Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua.
- Jika pegawai masih belum sembuh, pegawai boleh dibersarakan atas sebab kesihatan dengan perakuan Lembaga Perubatan.
- Cuti sakit lanjutan hanya layak untuk anggota berjawatan tetap.
RUJUKAN : Perintah Am 22 dan 24 Bab C
SOALAN LAZIM
SOALAN LAZIM
SOALAN LAZIM - BERCETAK
SOALAN LAZIM - BERCETAK
FAQ CUTI SAKIT LANJUTAN.pdf