TUJUAN  : 
Memberi peluang penyusuan dan penjagaan bayi oleh seseorang ibu selepas bersalin. 
SYARAT:
- Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga  1825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan. 
 - Kemudahan Cuti Menjaga Anak merupakan cuti tanpa gaji. 
 - Tempoh keseluruhan kemudahan cuti menjaga anak tidak melebihi 1,825 hari (5 tahun). 
 - Kemudahan cuti menjaga anak boleh diambil sama ada secara sekaligus sebanyak 1,825 hari (5 tahun) atau sebahagian daripadanya. 
 - Layak dimohon oleh anggota berstatus tetap sahaja.
 
RUJUKAN :  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014