i-CUTI CUTI LAIN

i-CUTI CUTI LAIN >> CUTI MENGIKUT PASANGAN BERKURSUS

Cuti Mengikut Pasangan Berkursus

TUJUAN:

  • Membolehkan pegawai mengikut pasangan bertugas/berkursus di dalam atau di luar negeri.

SYARAT:

  1. Pegawai awam yang telah diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Ketua Jabatannya.
  2. Pekerja perbadanan awam, agensi swasta dan agensi luar negeri yang dilantik/ diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Perbadanan Awam, agensi swasta atau agensi luar negeri.
  3. Jika pasangan pegawai bukan terdiri daripada mana-mana pegawai di perenggan (1) dan (2), mereka hendaklah :
  • telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana institusi di dalam negara atau di luar negeri yang menawarkan pembiayaan untuk berkursus.
  • telah disahkan menerima tawaran dan seterusnya melaporkan diri untuk mengikuti kursus oleh institusi pengajian bagi mereka yang berkursus atas perbelanjaan sendiri.

4. Pegawai lantikan sementara,kontrak, sambilan, Pekerja Khidmat Singkat atau sandaran tidak layak dipertimbangkan kemudahan CTG mengikut pasangan

  • Tempoh maksimum adalah tiga (3) tahun atau selama tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas/ berkursus, mengikut tempoh mana yang lebih pendek.
  • Tempoh maksimum CTG mengikut pasangan termasuk tempoh pelanjutan yang boleh diluluskan kepada pegawai yang pasangannya merupakan pegawai awam adalah mengikut tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas/ berkursus.


RUJUKAN: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009

TARIKH BERKUAT KUASA: 30 Disember 2009


pp052016.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 - DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA