i-CUTI CUTI LAIN

i-CUTI CUTI LAIN >> CUTI KEAGAMAAN

Cuti Keagamaan

TUJUAN :

    • Bagi pegawai perkhidmatan awam yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan.
    • Untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.

SYARAT :

    • Cuti Keagamaan tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
    • Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud aktiviti keagamaan bermula dari tarikh penerbangan/perjalanan sebenar dibuat bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam atau luar negara.
    • Sekiranya tarikh penerbangan/perjalanan bermula pada hari rehat mingguan,hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya.
    • Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab
    • Tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai;

KADAR:

    • Cuti Keagamaan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (oneoff).
    • Sekiranya tempoh cuti yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan.
    • Bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagaman di luar negara,pegawai perlu mematuhi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018

TARIKH KUAT KUASA : 19 November 2018

pp042018.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2018 - KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM BERCETAK

FAQ_pp042018.pdf