i-CUTI KERANA PERUBATAN
i-CUTI KERANA PERUBATAN >> CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH
i-CUTI KERANA PERUBATAN >> CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH
Cuti Tibi, Kusta Dan Barah
Cuti Tibi, Kusta Dan Barah
TUJUAN :
Seorang pegawai yang disahkan menghidap penyakit tibi, kusta, atau barah.
SYARAT :
- Cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta, dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit lain.
- Kemudahan (i) juga diberikan kepada penghidap jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah, yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
- Setelah menghabiskan cuti di perenggan (i) dan (ii) di atas pegawai boleh mengambil cuti rehat yang masih layak baginya.
- Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberikan setelah tamatnya cuti pada perenggan (i) hingga (iii).
- Setelah menghabiskan semua cuti pada perkara (i) hingga (iv) tiada apa-apa cuti yang boleh diberikan lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu. Kuasa Tertentu boleh menimbangkan apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai ini boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.
RUJUKAN : Perintah Am 31 Bab C