i-CUTI KERANA PERUBATAN

i-CUTI KERANA PERUBATAN >> CUTI KUARANTIN

Cuti Kuarantin

TUJUAN :

Sekatan kebebasan pergerakan seorang pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan telah dikeluarkan perakuan keatasnya.

SYARAT :

(a) Diberi kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.

(b) Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.

(c) Tempoh adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah.

(d) Termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

(e) Anak yang dikuarantin hendaklah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun.

(f) Senarai penyakit berjangkit :-

i. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot & Mouth Disease(HFMD)]

ii. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah

iii. Campak (Measles)

iv. Chickenpox

v. Difteria

vi. Malaria

vii. Lain-Lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta

RUJUKAN :

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2016

Pekeliling Pengurusan Bil. 4 Tahun 2017

MyPPSM Ceraian SR.5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan)

TARIKH KUAT KUASA : 04 Mac 2022

PEKELILING & BORANG DIGUNAPAKAI

se04032022.pdf
BORANG CUTI KUARANTIN- pindaan 1.pdf

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM - VIDEO

Cuti Gantian.mp4

SOALAN LAZIM - BERCETAK

faq_CUTI KUARANTIN.pdf