TUJUAN :
Membolehkan pegawai mengerjakan ibadah umrah
SYARAT
- Pegawai beragama Islam.
- Sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.
- Pegawai bertaraf tetap.
- Maksimum tujuh (7) hari.
- Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan kelepasan am.
- Perkiraan tujuh (7) hari bermula dari tarikh penerbangan sebenar. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan kelepasan am, perkiraan tujuh (7) hari bermula pada hari bekerja berikutnya.
- Jika pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari, pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat dan Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai.
- Kemukakan Jadual Penerbangan, Borang Permohonan Lawatan Ke Luar Negara dan sesalinan Cuti Rehat.
KADAR : Maksimum tujuh (7) hari.
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017