GARIS PANDUAN CUTI SAKIT :
Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut :
- Cuti sakit perlu disahkan oleh Doktor Panel atau Doktor di Hospital Kerajaan.
- Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Doktor yang bukan panel PKNS atau Hospital Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalender
- Sijil cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada BSM dalam tempoh tujuh (7) hari setelah kembali bertugas semula daripada bercuti sakit.
Kelayakan cuti sakit anggota tetap:
- Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari (bergaji penuh) dalam satu tahun kalender, dimana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Bahagian dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Kelayakan cuti sakit anggota kontrak :
- Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 15 hari (bergaji penuh).
- Anggota kontrak yang telah menghabiskan kelayakan cuti sakit yang dibenarkan 15 hari, tetapi masih memerlukan masa untuk pulih, pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Bahagian untuk tidak hadir bertugas atas sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun. Walau bagaimanapun pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut.
- Sekiranya pegawai masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan.