TUJUAN :
Cuti bersalin merupakan cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada pegawai wanita untuk pulih selepas bersalin.
SYARAT :
- Layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.
- Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin diantara 60 hinggai 90 hari bagi setiap kelahiran.
- Cuti bersalin akan bermula dari tarikh pegawai bersalin
- pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangkabersalin.
- Pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
- Cuti bersalin atas sebab keguguran hanya dikira selepas kehamilan mencapai dua puluh dua (22) minggu atau lebih. Jika kurang dari tempoh tersebut akan dikira sebagai cuti sakit.
- Sijil cuti sakit bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian.
- Setelah mendapat kelulusan dari Ketua Bahagian sijil Cuti Sakit Besalin tersebut hendaklah diserahkan kepada Bahagian Sumber Manusia untuk tujuan rekod.
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017