Disediakan sebagai satu keistimewaan atau kemudahan, boleh ditarik balik jika perlu.
Hanya dinikmati apabila digunakan, luput jika tidak digunakan.
Diberi atas tujuan tertentu dengan syarat dan kelayakan yang berbeza, tidak boleh ditukar ganti.
Diberi dengan saksama kepada yang layak
PERINTAH AM BAB C menggariskan bahawa
(a) Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja TANPA CUTI
Ini bermaksud bahawa, " Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas bagi suatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bertugas tersebut."
(b) Ketua Jabatan berhak membuat perakuan ketidakhadiran pekerja tersebut dan membuat pemotongan gaji pekerja tersebut.