TUJUAN :
Memberi peluang penyusuan dan penjagaan bayi oleh seseorang ibu selepas bersalin.
SYARAT:
Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan.
Kemudahan Cuti Menjaga Anak merupakan cuti tanpa gaji.
Tempoh keseluruhan kemudahan cuti menjaga anak tidak melebihi 1,825 hari (5 tahun).
Kemudahan cuti menjaga anak boleh diambil sama ada secara sekaligus sebanyak 1,825 hari (5 tahun) atau sebahagian daripadanya.
Layak dimohon oleh anggota berstatus tetap sahaja.
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014