TUJUAN :
Diberi untuk berehat di rumah atau di hospital kerana tidak sihat untuk bertugas disebabkan sakit.
kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
SYARAT :
Diberikan sehingga 180 hari dalam satu tahun kalendar.
Hendaklah disokong dengan sijil sakit ( Doktor Kerajaan / Swasta).
Kelulusan oleh Ketua Bahagian bagi 90 hari pertama dan Ketua Jabatan bagi 90 hari kedua.
Staf yang sakit dan diberi cuti sakit hendaklah memberitahu serta mendapat kelulusan pegawai atasannya terlebih dahulu sebelum bercuti.
Pegawai yang sedang bercuti rehat di dalam Malaysia, layak mendapat cuti sakit. Pegawai tidak layak mendapat cuti sakit jika sedang bercuti separuh gaji / tanpa gaji di Malaysia atau di luar Malaysia.
Pegawai boleh diarahkan untuk diperiksa oleh Lembaga Perubatan jika telah mengambil Cuti Sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi tempoh 3 tahun berturut- turut.
Pegawai yang sedang Cuti Rehat di luar Malaysia tidak layak mendapat cuti sakit.
Jika pegawai sakit ketika hendak balik ke Malaysia atau sakit berlarutan sehingga tarikh sepatutnya pulang, pegawai layak dipertimbangkan cuti sakit hingga ke tarikh ia kembali bertugas berdasarkan kepada syarat-syarat berikut :
pegawai dimasukkan ke hospital
disokong oleh Sijil Sakit dari pegawai perubatan Kerajaan berkenaan yang menyatakan jenis sakit, tarikh dimasukkan ke hospital dan tarikh keluar dari hospital
pegawai kembali ke Malaysia sebaik sahaja sihat.
Sijil sakit dari klinik swasta tanpa sokongan pegawai perubatan kerajaan boleh diterima tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalendar. Sekiranya melebihi 15 hari, perakuan dari pegawai perubatan diperlukan.
RUJUKAN :
Perintah Am 15 hingga 21 Bab ‘C’ Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2006
TARIKH KUAT KUASA : 27 April 2006
GARIS PANDUAN CUTI SAKIT :
Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut :
Cuti sakit perlu disahkan oleh Doktor Panel atau Doktor di Hospital Kerajaan.
Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Doktor yang bukan panel PKNS atau Hospital Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalender
Sijil cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada BSM dalam tempoh tujuh (7) hari setelah kembali bertugas semula daripada bercuti sakit.
Kelayakan cuti sakit anggota tetap:
Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari (bergaji penuh) dalam satu tahun kalender, dimana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Bahagian dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Kelayakan cuti sakit anggota kontrak :
Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 15 hari (bergaji penuh).
Anggota kontrak yang telah menghabiskan kelayakan cuti sakit yang dibenarkan 15 hari, tetapi masih memerlukan masa untuk pulih, pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Bahagian untuk tidak hadir bertugas atas sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun. Walau bagaimanapun pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut.
Sekiranya pegawai masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan.