TUJUAN :
Cuti bersalin merupakan cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada pegawai wanita untuk pulih selepas bersalin.
SYARAT :
Layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin diantara 60 hinggai 90 hari bagi setiap kelahiran.
Cuti bersalin akan bermula dari tarikh pegawai bersalin
pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangkabersalin.
Pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
Cuti bersalin atas sebab keguguran hanya dikira selepas kehamilan mencapai dua puluh dua (22) minggu atau lebih. Jika kurang dari tempoh tersebut akan dikira sebagai cuti sakit.
Sijil cuti sakit bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian.
Setelah mendapat kelulusan dari Ketua Bahagian sijil Cuti Sakit Besalin tersebut hendaklah diserahkan kepada Bahagian Sumber Manusia untuk tujuan rekod.
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017