TUJUAN :
Bagi pegawai perkhidmatan awam yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan.
Untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
SYARAT :
Cuti Keagamaan tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud aktiviti keagamaan bermula dari tarikh penerbangan/perjalanan sebenar dibuat bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam atau luar negara.
Sekiranya tarikh penerbangan/perjalanan bermula pada hari rehat mingguan,hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya.
Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab
Tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai;
KADAR:
Cuti Keagamaan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (oneoff).
Sekiranya tempoh cuti yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan.
Bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagaman di luar negara,pegawai perlu mematuhi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018
TARIKH KUAT KUASA : 19 November 2018